Isnin, 6 Julai 2009

Muhasabah Seketika..

Assalamualaikum..baru-baru ini ada terbaca sebuah ungkapan seperti berikut:
"A ship is safe in a harbour, but that's not what it's built for"
" Sesungguhnya sebuah kapal itu memanglah selamat di pelabuhan, tetapi itu bukanlah tujuan kapal itu dibina. "
Benar..kemudian saya terfikir begini:-

Di pelabuhan, sesebuah kapal akan selamat dari pukulan angin, ombak dan ribut. Tetapi apa gunanya ia berlabuh di pelabuhan sahaja jika tidak digunakan untuk membawa muatan merentasi lautan?

Sememangnya sebuah kapal perlu masuk ke pelabuhan, tetapi hanya untuk dibaikpulih jika berlaku kerosakan, mendapat bekalan, mengisi muatan, dan kemudian meneruskan semula perjalanan ...

Ataupun kita menjadi pelabuhan yang sentiasa memberi perkhimatan yang terbaik- dari segi bekalan, membaikpulihnya atau apa-apa yang diperlukan oleh kapal sama kapal kecil atau sebaliknya...

Kita pula bagaimana?


siswihaluan

Tiada ulasan: