Boost Your Traffic

Muslimah Harapan Ummah

Ummah Mengharapkan Kebangkitanmu Wahai Muslimah


click to create your own

Sabtu, 13 Disember 2008

Buat Renungan Bersama


sisiwihaluan
Dicatat oleh Siswi Haluan di 8:44 PG
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Label: tazkirah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Masa Itu Kehidupan

Hari-Hari Dalam Hidup Siswi

Kategori

  • Bersama Prof M Asmawati Desa
  • cinta
  • cinta palestin
  • kisah
  • motivasi
  • quote
  • riadah
  • Seerah
  • Soal Jawab Bersama Prof. M Asmawati Desa
  • Tadabbur Alam
  • Tarbiyah
  • tazkirah

Mutiara Kata Kali Ini

Abu Bakar Ad-Daqqaq berkata " Kekurangan org yg mukhlis kerana dia melihat ikhlasnya. Jika dia mengkehendaki agar Allah memurnikan ikhlasnya, maka dia harus melihat ikhlasnya masih memerlukan ikhlas lagi, sehingga dia menjadi org yg perlu menambah ikhlasnya dan bukan sekadar org yg ikhlas"

Siapa Kami ?

Foto saya
Siswi Haluan
Malaysia
Kami adalah saudara kalian yang mengajak kepada kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran......
Lihat profil lengkap saya

Pesanan Dari Penaung Siswi Haluan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Anak- anak Siswa dan siswi yang di rahmati,

Pada kesempatan ini saya ingin mengajak anak-anak semua untuk meneliti, memahami dan melaksanakan apa yang dituntut daripada kita sebagai orang Islam. Penulisan ini berkisar kepada tajuk: TANGGUNGJAWAB WANITA TERHADAP DEEN iaitu merupakan satu tajuk dalam buku Al Mukminah Al solehah.

Maksud tanggungjawab terhadap deen ialah wanita muslimin hendaklah beriman dengan Allah S.W.T dengan iman yang sampai ke peringkat yakin dan tomakninah (puas) mengambil tempat di dalam jiwa dan menjadi panduan rohani bagi mengatur fikiran dan amalannya. Keyakinan yang dimaksudkan di sini ialah keyakinan hingga ke peringkat setiap sesuatu di dalam kehidupannya mempunyai hubungan dengan ALlah. Sekiranya di dalam setiap aspek dia masih melupakan Allah SWT itu bermakna keyakinannya belum mencapai keyakinan yang betul, belum melalui proses yang betul, keyakinan yang tidak jelas dan keyakinan yang tidak berfungsi di dalam kehidupannya. Seseorang yang mempunyai keyakinan yang betul setiap tindakannya adalah kerana Allah SWT semata-mata. Begitu juga keyakinannya terhadap hari akhirat. Dia mesti merasakan bahawa itulah matlamat akhir bagi kehidupannya sebagai seorang Islam. Untuk itu hatinya mestilah betul-betul dibentuk untuk mendapat jaminan apabila sampai kepada matlamat akhir itu.

Dalam masyarakat hari ini kehidupan dunia menjadikan mereka lupa kepada kehidupan akhirat, kerana mereka tidak memiliki hati nurani yang bersih yang boleh membuatkan mereka melihat dan menyaksikan matlamat akhirat itu. Tidak yakin pada akhirat inilah yang membawa kepada penyelewengan yang banyak di dalam kehidupan umat Islam hari ini. Walaupun mereka mendakwa mereka yakin kepada hari akhirat tetapi jelas dalam kehidupan mereka ia menjadi hafalan semata-mata, tidak berfungsi di dalam kehidupan seorang muslim lelaki atau pun wanita. Bagaimanakah caranya kita beriman dengan hari akhirat itu hingga seolah-olah kita betul-betul merasai dan menyaksikan bagaimana siksaan Allah S.W.T dan bagaimana pula nikmat ALlah S.W.T di akhirat? Di dalam al-Quranulkarim terdapat banyak ayat-ayat yang memperkatakan tentang azab dan nikmat di akhirat. Tetapi meskipun perkara itu dilafazkan kepada masyarakat hari ini, ia tidak masuk ke dalam jiwa, tidak pernah terlintas di dalam fikiran malah ia lalu begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan. Tetapi perkara ini manakala dilafazkan kepada generasi awal al-Quranulkarim yang telah diproses oleh Rasulullah S.A.W.mereka terus nampak, yakin dan terus percaya serta terus melaksanakannya di dalam kehidupan mereka. Itu merupakan satu perbezaan yang terlalu jauh di antara mereka dengan masyarakat yang wujud sekarang. Justeru itu di dalam hal ini jiwa mestilah diproses dengan tarbiyah yang betul supaya ia benar-benar berfungsi untuk menerima hakikat percaya pada hari akhirat.

Pepatah Arab bermaksud:

"Tidak ada kampung selepas mati ini untuk seseorang itu tinggal di dalamnya melainkan apa yang dibina dengan amalan-amalan-nya."

Untuk itu kita mestilah memenuhi tuntutan-tuntutan Allah. Itulah di antara kewajipan wanita terhadap deennya. Banyak lagilah kewajipan itu, cuma diterangkan secara ringkas sahaja kewajipan-kewajipan yang perlu dilakukan oleh setiap individu muslim.

Wanita muslim mesti meneliti betul-betul perintah Allah S.W.T. — dari segi suruhan maupun tegahanNya — tanpa cuai. Perkara ini bukanlah boleh dilakukan secara kebetulan sahaja. Tetapi di dalam masyarakat hari ini adakah mereka benar-benar meneliti suruhan-suruhan dan tegahan-tegahan Allah S.W.T? Kalau mereka menelitinya tentulah tidak wujud kehidupan jahiliah yang bertebaran di mana-mana sahaja hari ini.

Penelitian yang bersungguh-sungguh berkehendakkan suatu kefahaman dan kesedaran yang betul di dalam jiwa umat Islam. Jika tidak wujud kesedaran dan kefahaman yang betul tentang bagaimana hendak mengenal jahiliah dan Islam, akan wujudlah kehidupan yang mencampur adukkan Islam dengan jahiliah. Satu ketika dia Islam, di ketika yang lain dia tidak mengiyakan apa yang Islam, kata jahiliah. Masa sembahyang dia merasakan dirinya Islam tetapi pada masa yang lain dia tidak merasakan adanya hubungan dengan Allah S.W.T. dan hubungannya dengan matlamat akhirat.

Itu telah menjadikan masalah. Ini adalah kerana kita tidak diperkenalkan kepada Islam dengan cara yang betul. Kita hari ini menerima Islam melalui adat dan warisan. Kita tidak menerima Islam melalui kefahaman, kesedaran dan keyakinan yang betul. Kita tidak menerima Islam menerusi keyakinan kepada Allah S.W.T, kepada junjungan Muhammad S.A.W yang membawa deen ini, yang jelas latarbelakang hidupnya. Tetapi oleh kerana kepentingan-kepentingan tertentu mereka menukarkan yang haq itu.

Kalau kita jahil maka hendaklah mencari ilmu, agar kita tidak mengambil Islam secara ikut-ikutan sahaja. Jangan sampai rugi di akhirat nanti. Biar kita rugi di dunia sebab boleh berpatah balik, namun jangan sekali rugi di akhirat yang tiada lagi peluang …..




Prof Madya Dr. Asmawati Desa

Sembang Tarbawi Menjana Ukhuwah


widgets

Syu'ur Uluhiyah


Find more videos like this on Pewaris.Net

Kami Rakan Haluan Siswa United


Jom Bersama Kami!

Indahnya Nama Mu Ya Allah

Teman-teman Haluan Siswi

  • Aisyah Ruqayyah Blog's
  • Fazira Blog's
  • Haluan Malaysia
  • Haluan Malaysia
  • Haluan Palestin
  • Haluan Tarbawi
  • Irma Blog's
  • K.kirah Blog's
  • Mahfuzah Hanisah Blog's
  • Maryam Fatin Blog's
  • Nawal Blog's
  • Nik Nadiah Blog's
  • Sofiyyah Blog's

Aktiviti Siswi

Agama Itu Nasihat

  • ►  2010 (12)
    • ►  10/10 - 10/17 (1)
    • ►  07/25 - 08/01 (2)
    • ►  07/18 - 07/25 (2)
    • ►  04/11 - 04/18 (1)
    • ►  03/28 - 04/04 (2)
    • ►  03/21 - 03/28 (2)
    • ►  03/14 - 03/21 (1)
    • ►  01/03 - 01/10 (1)
  • ►  2009 (25)
    • ►  12/27 - 01/03 (1)
    • ►  12/20 - 12/27 (1)
    • ►  11/29 - 12/06 (1)
    • ►  10/11 - 10/18 (2)
    • ►  09/06 - 09/13 (1)
    • ►  08/16 - 08/23 (1)
    • ►  07/26 - 08/02 (3)
    • ►  07/19 - 07/26 (2)
    • ►  07/12 - 07/19 (1)
    • ►  07/05 - 07/12 (2)
    • ►  06/28 - 07/05 (1)
    • ►  04/19 - 04/26 (5)
    • ►  04/12 - 04/19 (4)
  • ▼  2008 (8)
    • ▼  12/07 - 12/14 (1)
      • Buat Renungan Bersama
    • ►  07/13 - 07/20 (1)
    • ►  05/04 - 05/11 (4)
    • ►  03/30 - 04/06 (1)
    • ►  03/23 - 03/30 (1)

Siapa Yang Menjenguk ??


widgets

Doa Rabitah


اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَ
سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي
سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ

Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi (perintah)-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini. Tunjukkanlah kepada hati-hati ini akan jalan-Nya (yang sebenar). Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman / keyakinan dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu. (jika Engkau mentakdrikan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada’ dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini…


Penawar Hati

Tetamu dari mana ya?

Tema Tera Air. Imej tema oleh cmisje. Dikuasakan oleh Blogger.