Rabu, 19 Ogos 2009

Tanda-tanda mencintai Allah

Assalamualaikum Semua Pembaca...

Maaf dipohon dari kami siswihaluan..lama benar tidak mengupdate blog yang telah di'amanah'kan ini...masa yang diberi Allah 24 jam sehari masih dirasakan tidak cukup oleh siswihaluan...kerana kerja yang banyak melebihi masa yang ada...oleh itu siswihaluan memohon jutaan kemaafan buat pembaca yang sentiasa menjenguk blog ini..moga sedikit amal yang dilakukan dikira sebagai amal qawiey disisi Allah..InsyaAllah

Hari ini siswihauan berhajat utuk berkongsi dengan pembaca berkenaan tajuk diatas iaitu "Tanda-tanda mencintai Allah"



Sebagai seorang Mukmin sudah semestinya kita mengharapkan adanya perasaan mencintai Allah melebihi segala-galanya. Namun marilah kita sama-sama merasai dalam-dalam hati kita... adakah ada rasa cinta itu di hati kita? cinta pada Allah..cinta pada semua suruhannya..cinta pada KalamNya...cinta pada apa yang perlu dincintai dariNya....marilah sama-sama kita bermuhasabah...bagaimana ya para sahabat RA mencintai Allah dalam kehidupan mereka? Bagaimana ya mahu memupuk rasa cinta kita kepada Allah sebagaimana para sahabat mencintai Allah dalam setiap amal perbuatan mereka? Allah...Betulkah benar-benar ada dalam hati ini perasaan cinta pada Mu??

Marilah sama-sama kita melihat 10 tanda mencintai Allah, dan selepas itu mari kita renung dalam-dalam hati kita ada tak tanda-tanda tersebut dalam diri kita...

Ok sekarang siswihaluan akan menulis satu persatu tanda-tanda tersebut ya...

1- Terasa terlalu ingin bertemu dengan Allah, memandang WajahNya yang penuh kemuliaan, melihat ZatNya yang Maha Agung. Untuk bertemu dengan Allah perlu melalui proses kematian. Bagi orang yang beriman ia tidak rasa berat untuk meninggalkan dunia ini dan bertemu Kekasih hati. Namun bagi mereka yang selalu bergelumang dengan dosa dan maksiat tentunya amat takut dengan kematian kerana merasakan belum cukup amalan yang akan membantunya di akhirat nanti.Sekiranya kita menyintai Allah dan berhajat bertemu denganNya..Allah juga menyintai hambaNya dan ingin bertemu dengan hamba yang menyintaiNya..orang yang beriman tidak perlu untuk takut dengan kematian..tapi andainya kita takut menghadapi mati disebabkan bimbang amal yang kurang adalah lebih baik dari takutkan kematian kerana tidak boleh meninggalkan dunia,harta, anak dan isteri.

2- Suka bermunajat kepada Allah, menyukai Kalamnya iaitu Al-Quran kerana bagi orang mukmin yang cintakan Allah ketika membaca Al-Quran, mereka merasakan seolah-olah Allah sedang berbicara dengan mereka,Allah sedang menegur mereka,Allah sedang menasihati mereka..tatkala solat pula mereka merasa tenteram dan damai kerana ketika itu mereka merasakan mereka berkata-kata dengan Allah. Oleh itu, untuk mengukur tanda yang kedua ini. cuba kita sama-sama 'chek' adakah kita rasa seronok ketika menunaikan solat atau kita rasa terpaksa atau kita sekadar melaksanakan rutin harian ...sama-samalah kita muhasabah...

InsyaAllah siswihaluan akan menyambung kembali tanda-tanda mencintai Allah seterusnya..selamat bermuhasabah..moga kita tergolong dikalangan mereka yang mencintai Allah.


siswihaluan

2 ulasan:

perkongsian berkata...

subhanallah..
jzklh siswihaluan..
x sabar nak tunggu tanda2 yang seterusnya.. :)

Siswi Haluan berkata...

Alhamdulillah.. jazakllh atas sokongan anti..maaf..siswihaluan tak berkesempatan mengupdate blog tersebut. insyaAllah siswihaluan akan cuba memberi sedikit ruang dan masa utk meneruskan penulisan tersebut..doakan kami ya...moga Allah bg kekuatan dan kelapangan