Rabu, 28 Julai 2010

Seminar Kesejahteraan Mahasiswa (SKEMA VI)

Alhamdulillah Marilah semua siswa dan siswi untuk bersama-sama mengikuti Seminar kesejahteraan Mahasiswa kali ke 6, InsyaAllah sangat bermanafaat. Dijemput semua siswa dan siswi untuk mengahdari majlis ilmu ini. InsyaAllah kita jumpa di sana...





siswihaluan

Isnin, 26 Julai 2010

Pesanan dan Peringatan

Anak- anak Siswa dan siswi yang di rahmati,


Apabila memperkatakan cinta tentunya suatu yang indah dan penuh dengan kemanisan, hanya orang yang dilamun cinta sahaja akan dapat merasai dan untuk menceritakan mungkin sukar akan dipahami bagi orang yang belum melaluinya. Berbagai-bagai perasaan yang ada ketika bercinta namun yang positive sentiasa mengatasi segala perasaan lain. Pengorbanan adalah lambang bagi cinta yang agung, tiada rasa takut, tiada rasa bimbang, tiada rasa keletihan bagi melindungi atau memberikan yang terbaik buat yang dicintainya.

Bagaimana perasaan cinta kita kepada ALLAH SWT? Kita dalam satu perjalanan untuk memilih cinta, apakah kita telah melakukan suatu keputusan untuk memilih cinta Allah swt didalam kehidupan ini? Tanpa kita memilih masa terus berlalu dan akhirnya masa yang kita ada semakin berkurangan dan kita tidak kesempatan untuk membuktikkan cinta kita kepada Alllah swt, bukan berapa lama kita bercinta yang penting tetapi apakah selepas kita melakukan keputusan untuk benar-benar bercinta kita dapat melakukan dengan sebaik mungkin dengan sepenuh hati dan keikhlasan kepada Allah swt.

Mungkin sukar untuk merasakan akan penyerahan yang sebenar-benarnya atas dasar cinta yang tulus untuk mendapat keredaan dari Allah swt. Cinta itu akan menyebabkan kita tiada kebebasan didalam pilihan kita, kita terasa setiap detik dan masa yang berlalu akan terfikir apakah yang boleh ku lakukan bagi mendapat keredaaNya, terasa akan sentuhan dan kata-kataNya melalui Al Quran, merasai kemanisan dan sentiasa kegembiraan kerana janji yang benar. Kehidupan ini seperti suatu perjalanan yang ternanti-nanti bilakah akan berakhirnya kerana tidak sabar untuk menemui kekasih dengan membawa apa sahaja yang mungkin untuk membuktikan cinta.

Setiap saat yang berlalu sungguh besar ertinya kerana setiap saat perlu untuk melakukan pengorbanan bagi menyediakan diri agar sentiasa dikasihi, tidak sanggup terputus dengan pandangan, tidak sanggup melakukan sesuatu yang akan menyebabkan kekasih membenci, tidak sanggup berpisah kerana segalanya adalah demi yang tercinta. Adakah ini perasaan laila majnun? Mungkinkah pencarian ini dapat dilakukan oleh manusia hari ini? Adakah kita mampu mendapatkan segala-galanya sekiranya kita tidak bermula sekarang melihat kitab Al Quran yang merupakan sumber segala kebenaran bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Sekiranya hari ini kita bermula untuk melihat satu ayat Al Quran dan merenung dengan teliti, kita perlukan 22 tahun 22 hari untuk menelitinya, (ayat alquran = 6666 atau 6620 ayat) sekiranya kita menghafal satu ayat sehari mungkin setelah 22 tahun nanti kita akan menjadi orang yang menghafal Al quran. Namun masa tetap berlalu, 22 tahun tetap akan mendatang dan adakah mungkin kita dapat melakukannya bergantung sejauh mana kita benar-benar mencari cinta abadi Allah swt didalam kehidupan kita. Allah hu alam

Prof Madya Dr. Asmawati Desa



siswihaluan