Sabtu, 1 Ogos 2009

Erti Pengorbanan dan Kasih Sayang Si Penguin



Macammana dah tengok video ini?
Terharukan...

Betapa hebatnya ciptaan Allah...Subhanallah, Allah Hu Akbar!!! Haiwan pun Allah tunjukkan betapa hebatnya erti kasih sayang dan pengorbanan walaupun mereka tidak beraqal. Allah kurniakan ilham kepada penguin untuk menjadi contoh tauladan bagi manusia yang mahu berfikir dan bermuhasabah. Banyak ayat-ayat didalam al-Quran yang menyuruh kita memandang alam ini dengan berfikir, merenung, mengkaji dan mencari erti di sebalik kejadian dan kehebatan penciptaanNya...

TIDAKKAH KAMU TERFIKIR???

Pertama kali melihat video tersebut, menangis hati ini, terlalu kagum dan ta'jub dengan pemandangan tersebut...Subhanallah Hebatnya...bergetar perasaan saat melihat betapa sabarnya ayah/suami penguin bertahan dalam kesejukkan yang tak terhingga memelihara telur di kakinya selama 4 bulan...andai kitalah yang begitu, sanggupkah???

Saat lahirnya sang anak- kembalilah ibunya ke daratan- berkejar-kejar mendapatkan suami dan anaknya- sejenak membuatkan ku terfikir

"nampak semua penguin sama ja...macammana dia kenal suami dan anaknya ya?"

Subhanallah walhamdulillah Allah Hu Akbar... tiada kata lagi yang mampu ku ucapkan...

siswihaluan

Jumaat, 31 Julai 2009

Iktibar Dari Semut

Sekiranya kita memandang alam ciptaan Allah kita akan dapat mengambil berbagai iktibar dari segala makhluk yang diciptakan Allah di dunia ini. Hati yang diselaputi wangian iman akan merasai betapa hebat dan agungnya ciptaan Allah, dan alam ini diibaratkan kitab yang terbuka buat manusia yang selalu berfikir dan memerhatikannya. Antara ciptaan Allah yang akan kita bicarakan disini ialah semut,makhluk yang kecil tapi mempunyai kekuatan yang besar. Semut merupakan makhluk Allah yang paling unik dan Allah telah menyebut tentang makhluk ini melalui wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW 1400 tahun yang lalu. Surah an-naml tentunya amat 'familiar' dikalangan mereka yang mencintai al-Qurankan!.. Hanya dua ayat dalam surah tersebut membicarakan tentang semut hinggakan Allah muliakan mereka dan memberi nama surah ini dengan nama semut- al-naml: 18.

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". 19. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa Dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu Yang Engkau kurniakan kepadaKu dan kepada ibu bapaku, dan supaya Aku tetap mengerjakan amal soleh Yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - Dengan limpah rahmatMu - Dalam kumpulan hamba-hambaMu Yang soleh".


Marilah sama-sama kita tonton video ini dan ambillah iktibar dari kisah semut dan koloninya...semoga kita bertambah keimanan kepada Allah..

siswihaluan

Khamis, 30 Julai 2009

Enam Pegangan



Imam Hassan al-Banna telah menggariskan 6 pegangan buat renungan kita bersama:

1. Agama hanya dapat dirasai oleh orang yang menegakkan dia dalam dirinya.

2. Bahagia dan Sa'adah hanya akan dirasakan oleh orang yang membela keyakinan, kebenaran dan keadilan.

3 Kemenangan dan kejayaan hakiki hanya akan diberikan kepada para pejuang yang rela berkorban, kuat menahan penderitaan dan kepapaan.

4. Kesabaran dan ketahanan berjuang hanya akan dapat diberikan kepada mukmin yang mendekatkan dirinya kepada Allah.

5. Tegaklah dengan keyakinan dan perjuangan; kerana makna dan guna hidup terletak pada keyakinan dan perjuangan.

6. Belajarlah menfanakan diri guna kepentingan Cita dan Agama.

siswihaluan