Memaparkan catatan dengan label Seerah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Seerah. Papar semua catatan

Rabu, 14 April 2010

Pemudi yang bagaimana pilihan kita?


Wahai Muslimah...wahai pemudi, peranan Muslimah sangat besar dalam Islam...kita mahu jadi wanita yang bagaimana?? Pilihan ada di tangan kita..

Sheikh Mustafa Mashur berkata dalam kitabnya MIN FIQHI AL-DAKWAH :

" Wahai saudari-saudari sekalian, kamu semua mempunyai peranan yang penting dalam jihad, maka mulakanlah di rumah kamu dengan mendidik anak-anak kamu, tanamkan semangat jihad dalam diri anak-anak kamu, semoga mereka bersedia untuk berjihad di jalan Allah swt. "

Imam Al-Syauqi mengatakan :
“ Wanita itu ibarat Madrasah, jika kamu mempersiapkan mereka maka sesungguhnya kamu sedang mempersiapkan bangsa yang agung dan unik dimasa hadapan.”

Wanita muslimah zaman lampau peranan mereka di dalam peperangan adalah menyediakan makanan dan minuman dan merawat pejuang-pejuang yang mengalami kecederaan, dan terkadang waktunya ada juga yang berperanan mengangkat senjata, sebagaimana serikandi Nusaibah bt Ka’ab yang mana beliau mempertahankan nabi saw dalam peperangan Uhud.

1. Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh.Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku. Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, Bangun wahai anakku. Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan? Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, Ini dia orang yang telah melukakan anakmu. Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya, kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah.

2. Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga mulut menjadi pecah.

3. Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

4. Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

5. Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

6. Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

7. Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan bermaharkan iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim. Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited..
Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini?

8. Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, Kenapakah berlaku begitu? Ummu Salamah berkata, Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

9. Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan.

10. Siapakah pula yang mengingati Asma binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

11. Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH

• Wahai wanita hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka?
• Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka?
• Wahai ummah hari ini perempuan dan wanita mana yang kamu puja dan puji?
• Oh masyarakat hari ini, wanita bagaimana yang kamu sanjungi?
• Oh pemudi hari ini, wanita mana yang kamu ikuti dan contohi?
• Oh pemuda hari ini, wanita yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri?Sesungguhnya wanita- wanita dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya wanita- wanita yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan.


siswihaluan

Selasa, 21 Julai 2009

SIRAH: OTAKNYA MENJADI GUDANG PERBENDAHARAAN PADA MASA WAHYU

ABU HURAIRAH

Sahabat mulia Abu Hurairah radhiyallahu anhu termasuk salah seorang dari mereka…….Sungguh dia mempunyai bakat luar biasa dalam kemampuan dan kekuatan ingatan …..Abu Hurairah radhiyallahu anhu mempunyai kelebihan dalam seni menangkap apa yang didengarnya, sedang ingatannya mempunyai keistimewaan dalam segi menghafal dan menyimpan…. Didengarya, ditampungnya lalu terpatri dalam ingatannya hingga dihafalkannya, hampir tak pernah ia melupakan satu kata atau satu huruf pun dari apa yang telah didengarnya, sekalipun usia bertambah dan masa pun telah berganti-ganti. Oleh karena itulah, ia telah mewakafkan hidupnya untuk lebih banyak mendampingi Rasulullah sehingga termasuk yang terbanyak menerima dan menghafal Hadits, serta meriwayatkannya. Sewaktu datang masa pemalsu-pemalsu hadits yang dengan sengaja membikin hadits-hadits bohong dan palsu, seolah-olah berasal dari Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam . mereka memperalat nama Abu Hurairah radhiyallahu anhu dan menyalahgunakan ketenarannya dalam meriwayatkan Hadits dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam., hingga sering mereka mengeluarkan sebuah “hadits”, dengan menggunakan kata-kata: — “Berkata Abu Hurairah… ”
Dengan perbuatan ini hampir-hampir mereka menyebabkan ketenaran Abu Hurairah radhiyallahu anhu dan kedudukannya selaku penyampai Hadits dari Nabi Shalallahu ‘alaihi wasallam. menjadi lamunan keragu-raguan dan tanda tanya, kalaulah tidak ada usaha dengan susah payah dan ketekunan yang luar biasa, serta banyak waktu yang telah di habiskan oleh tokoh-tokoh utama para ulama Hadits yang telah membaktikan hidup mereka untuk berhidmat kepada Hadits Nabi dan menyingkirkan setiap tambahan yang dimasukkan ke dalamnya:’
Di sana Abu Hurairah radhiyallahu anhu berhasil keluar dari jaringan kepalsuan dan penambahan-penambahan yang sengaja hendak diada-adakan oleh kaum perosak ke dalam Islam, dengan mengkambing hitamkan Abu Hurairah radhiyallahu anhu dan membebankan dosa dan kejahatan mereka kepadanya……
Setiap anda mendengar muballigh atau penceramah atau khatib Jum’at mengatakan kalimat yang mengesankan dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu berkata ia, telah bersabda Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam ……” Saya katakan ketika anda mendengar nama ini dalam rangkaian kata tersebut, dan ketika anda banyak menjumpainya, banyak sekali dalam kitab-kitab Hadits, sirah, fiqih serta kitab-kitab Agama pada umumnya, maka diketahuilah bahwa anda sedang menemui suatu peribadi, antara sekian banyak peribadi yang paling gemar bergaul dengan Rasulullah dan mendengarkan sabdanya…..Karena itulah perbendaharaannya yang menakjubkan dalam hal Hadits dan pengarahan-pengarahan penuh hikmat yang dihafalkannya dari Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam. jarang diperoleh bandingannya … Dan dengan bakat pemberian Tuhan yang dipunyainya beserta perbendaharaan Hadits tersebut, Abu Hurairah radhiyallahu anhu merupakan salah seorang paling mampu membawa anda ke hari-hari kehidupan Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasallam beserta para sahabatnya dan membawa anda berkeliling, asal anda beriman teguh dan berjiwa siaga, mengitari pelosok dan berbagai ufuk yang membuktikan kehebatan Muhammad Shalallahu ‘alaihi wasallam. beserta sahabat-sahabatnya itu dan memberikan makna kepada kehidupan ini dan memimpinnya ke arah kesedaran dan fikiran sihat. Dan bila garis-garis yang anda hadapi ini telah menggerakkan kerinduan anda untuk mengetahui lebih dalam tentang Abu Hurairah radhiyallahu anhu dan mendengarkan beritanya, maka silakan anda memenuhi keinginan anda tersebut……
Ia adalah salah seorang yang menerima pantulan revolusi Islam, dengan segala perubahan mengagumkan yang diciptakannya. Dari orang upahan menjadi induk semang atau majikan…..
Dari seorang yang terlunta-lunta di tengah-tengah lautan manusia, menjadi imam dan ikutan …. ! Dan dari seorang yang sujud di hadapan batu-batu yang disusun, menjadi orang yang beriman kepada Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa …. Inilah dia sekarang bercerita dan berkata: -
“Aku dibesarkan dalam keadaan yatim, dan pergi hijrah dalam keadaan miskin …. Aku menerima upah sebagai pembantu pada Busrah binti Ghazwan demi untuk mengisi perutku • • ! Akulah yang melayani keluarga itu bila mereka sedang menetap dan menuntun binatang tunggangannya bila sedang bepergian …. Sekarang inilah aku, Allah telah menikahkanku dengan putri Busrah, maka segala puji bagi Allah yang telah menjadikan Agama ini tiang penegak, dan menjadikan Abu Hurairah radhiyallahu anhu ikutan ummat…..!”
Ia datang kepada Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam di tahun yang ke tujuh Hijrah sewaktu beliau berada di Khaibar ia memeluk Islam karena dorongan kecintaan dan kerinduan …. Dan semenjak ia bertemu dengan Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam; dan berbai’at kepadanya, hampir-hampir ia tidak berpisah lagi daripadanya kecuali pada saat-saat waktu tidur …. Begitulah berjalan selama masa empat tahun yang dilaluinya bersama Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam . yakni sejak ia masuk islam sampai wafatnya Nabi, pergi ke sisi Yang Maha Tinggi. Kita katakan: “Waktu yang empat tahun itu tak ubahnya bagai suatu usia manusia yang panjang lebar, penuh dengan segala yang baik, dari perkataan, sampai kepada perbuatan dan pendengaran… !’
Dengan fitrahnya yang kuat, Abu Hurairah radhiyallahu anhu mendapat kesempatan yang besar yang memungkinkannya untuk memainkan peranan penting dalam berbakti kepada Agama Allah.
Pahlawan perang dikalangan sahabat, banyak….
Ahli fiqih, juru da’wah dan para guru juga tidak sedikit ….
Tetapi lingkungan dan masyarakat memerlukan tulisan dan penulis. Di masa itu golongan manusia pada umumnya,jadi bukan hanya terbatas pada bangsa Arab saja, tidak mementingkan tulis menulis. Dan tulis menulis itu belum lagi merupakan bukti kemajuan di masyarakat manapun.
Bahkan Eropah sendiri juga demikian keadaannya sejak kurun waktu yang belum lama ini. Kebanyakan dari raja-rajnya, tidak terkecuali Charlemagne sebagai tokoh utamanya, adalah orang-orang yang buta huruf, tak tahu tulis baca, padahal menurut ukuran masa itu, mereka memiliki kecerdasan dan kemampuan besar….
Kembali kita pada pembicaraan bermula untuk melihat Abu Hurairah radhiyallahu anhu, bagaimana ia dengan fitrahnya dapat menyelami keperluan masyarakat baru yang dibangun oleh Islam, iaitu keperluan akan orang-orang yang dapat melihat dan memelihara peninggalan dan ajaran-ajarannya. Pada waktu itu memang para sahabat yang mampu menulis, tetapi jumlah mereka sedikit sekali, apalagi sebahagiannya tak mempunyai kesempatan untuk mencatat Hadits-hadits yang diucapkan oleh Rasul.
Sebenarnya Abu Hurairah radhiyallahu anhu bukanlah seorang penulis, ia hanya seorang ahli hafal yang mahir, di samping memiliki kesempatan atau mampu mengadakan kesempatan yang diperlukan itu, kerana ia tak punya tanah yang akan digarap, dan tidak punya perniagaan yang akan diurus….
Ia pun menyedari bahwa dirinya termasuk orang yang masuk Islam belakangan, maka ia bertekad untuk mengejar ketinggalannya, dengan cara mengikuti Rasul terus menerus dan secara tetap menyertai majlisnya .. Kemudian disedarinya pula adanya bakat pemberian Allah ini pada dirinya, berupa daya ingatannya yang luas dan kuat, serta semakin bertambah kuat, tajam dan luas lagi dengan do’a Rasul “”•, agar pemilik bakat ini diberi Allah berkat.
Ia menyiapkan dirinya dan menggunakan bakat dan kemampuan kurnia Ilahi untuk memikul tanggung jawab dan memelihara peninggalan yang sangat penting ini dan mewariskannya kepada generasi kemudian ….
Abu Hurairah radhiyallahu anhu bukan tegolong dalam barisan penulis, tetapi sebagaimana telah kita utarakan, ia adalah seorang yang terampil menghafal lagi kuat ingatan …. Karena ia tak punya tanah yang akan ditanami atau perniagaan yang akan menyibukkannya, ia tidak berpisah dengan Rasul, baik dalam perjalanan maupun di kala menetap….
Begitulah ia mempermahir dirinya dan ketajaman daya ingatnya untuk menghafal Hadits-hadits Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam dan pengarahannya. Sewaktu Rasul telah pulang ke Rafikul’Ala (wafat), Abu Hurairah radhiyallahu anhu terus-menerus menyampaikan Hadits hadits, yang menyebabkan sebagian sahabatnya merasa hairan sambil bertanya-tanya di dalam hati, dari mana datangnya hadits-hadits ini, bila didengarya dan diendapkannya dalam ingatannya ….
Abu Hurairah radhiyallahu anhu telah memberikan penjelasan untuk menghilangkan kecurigaan ini, dan menghapus keragu-raguan yang menulari putra sahabatnya, maka katanya: “Tuan-tuan telah mengatakan bahwa Abu Hurairah radhiyallahu anhu banyak sekali mengeluarkan Hadits dari Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam…. Dan tuan-tuan katakan pula orang-orang Muhajirin yang lebih dahulu daripadanya masuk Islam, tak ada menceritakan hadits-hadits itu…..? Ketahuilah, bahwa sahabat-sahabatku orang-orang Muhajirin itu, sibuk dengan perdagangan mereka di pasar-pasar, sedang sahabat-sahabatku orang-orang Ansar sibuk degan tanah pertanian mereka…..Sedang aku adalah seorang miskin, yang paling banyak menyertai majlis Rasulullah, maka aku hadir sewaktu yang lain tidak hadir …dan aku selalu ingat seandainya mereka lupa kerana kesibukan…
Dan Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam. pernah berbicara kepada kami di suatu hari, kata beliau: “Siapa yang membentangkan serbannya hingga selesai pembicraanku, kemudian ia meraihnya ke dirinya, maka ia takkan terlupa akan suatu pun dari apa yang telah didengarya dari padaku,.. !”
Maka kuhamparkan kainku, lalu baginda berbicara kepadaku, kemudian kuraih kain itu ke diriku, dan demi Allah, tak ada suatu pun yang terlupa bagiku dari apa yang telah kudengar daripadanya … ! Demi Allah kalau tidaklah karena adanya ayat di dalam Kitabullah nescaya tidak akan kukhabarkan kepada kalian sedikit jua pun! Ayat itu ialah: “Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa-apa yang telah kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk, sesudah Kami nyatakan kepada manusia di dalam Kitab mereka itulah yang dikutuk oleh Allah dan dikutuk oleh para pengutuk (Malaikat-malaikat) ….. !”
Demikianlah Abu Hurairah radhiyallahu anhu menjelaskan rahsia kenapa hanya ia seorang diri yang banyak mengeluarkan riwayat dari Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam .
• Yang pertama: kerana ia meluangkan waktu untuk menyertai Nabi lebih banyak dari para sahabat lainnya.
• Kedua, kerana ia memiliki daya ingatan yang kuat, yang telah diberi berkat oleh Rasul, hingga ia jadi semakin kuat….
• Ketiga, ia menceritakannya bukan kerana ia gemar bercerita, tetapi kerana keyakinan bahwa menyebarluaskan hadits-hadits ini, merupakan tanggung jawabnya terhadap Agama dan hidupnya. Kalau tidak dilakukannya bererti ia menyembunyikan kebaikan dan haq, dan termasuk orang yang lalai yang sudah tentu akan menerima hukuman kelalaiannya … !
Oleh sebab itulah ia harus saja memberitakan, tak suatu pun yang menghalanginya dan tak seorang pun boleh melarangnya … hingga pada suatu hari Amirul Mu’minin Umar berkata kepadanya: “Hendaklah kamu hentikan menyampaikan berita dari Rasulullah! Bila tidak, maka akan kukembalikan kau ke tanah Daus… !” (yaitu tanah kaum dan keluarganya).
Tetapi larangan ini tidaklah mengandung suatu tuduhan bagi Abu Hurairah radhiyallahu anhu, hanyalah sebagai pengukuhan dari suatu pandangan yang dianut oleh Umar, yaitu agar orang-orang Islam dalam jangka waktu tersebut, tidak membaca dan menghafalkan yang lain, kecuali al-quran sampai ia melekat dan mantap dalam hati sanubari dan fikiran….
Al-quran adalah kitab suci Islam, Undang-undang Dasar dan kamus lengkapnya dan terlalu banyaknya cerita tentang Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam . teristimewa lagi pada tahun-tahun menyusul wafatnya Nabi Salallahu ‘alaihi wasallam., saat sedang dihimpunnya Al-Quran, dapat menyebabkan kesimpangsiuran dan campur-baur yang tidak berguna dan tak perlu terjadi.
Oleh kerana ini, Umar berpesan: “Sibukkanlah dirimu dengan Al-Quran karena dia adalah kalam Allah…”‘•. Dan katanya lagi : “Kurangilah olehmu meriwayatkan perihal Rasulullah kecuali yang mengenai amal perbuatannya!”
Dan sewaktu beliau mengutus Abu Musa al-Asy’ari ke Irak ia berpesan,kepadanya: — ‘Sesungguhnya anda akan mendatangi suatu kaum yang dalam masjid mereka terdengar bacaan al-Quran seperti suara lebah. maka biarkanlah seperti itu dan jangan anda bimbangkan mereka dengan hadits-hadits, dan aku menjadi pendukung anda dalam hal ini….!”
Al-Qur’an sudah dihimpun dengan jalan yang sangat cermat, hingga terjamin keasliannya tanpa dirembesi oleh hal-hal lainnya….. Adapun hadits, maka Umar tidak dapat menjamin bebasnya dari pemalsuan atau perubahan atau diambilnya sebagai alat untuk mengada-ada terhadap Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam dan merugikan Agama Islam…..
Abu Hurairah radhiyallahu anhu menghargai pandangan Umar, tetapi ia juga percaya terhadap dirinya dan teguh memenuhi amanat, hingga ia tak hendak menyembunyikan suatu pun dari Hadits dan ilmu selama diyakininya bahwa menyembunyikannya adalah dosa dan kejahatan.
Demikianlah, setiap ada kesempatan untuk menumpahkan isi dadanya berupa Hadits yang pemah didengar dan ditangkapnya tetap saja disampaikan dan dikatakannya….
Hanya terdapat pula suatu hal yang merisaukan, yang menimbulkan kesulitan bagi Abu Hurairah radhiyallahu anhu ini, kerana seringnya ia bercerita dan banyaknya Haditsnya yaitu adanya tukang hadits yang lain yang menyebarkan Hadits-hadits dari Rasul Salallahu ‘alaihi wasallam. dengan menambah-nambah dan melebih-lebihkan hingga para sahabat tidak merasa puas terhadap sebagian besar dari Hadits-haditsnya. Orang itu namanya Ka’ab al-ahbaar, seorang Yahudi yang masuk Islam……

Pada suatu hari Marwan bin Hakam bermaksud menguji kemampuan menghafal dari Abu Hurairah radhiyallahu anhu. Maka dipanggilnya ia dan dibawanya duduk bersamanya, lalu dimintanya untuk mengabarkan hadits-hadits dari Rasusullah Salallahu ‘alaihi wasallam. Sementara itu disuruhnya penulisnya menuliskan apa yang diceritakan Abu Hurairah radhiyallahu anhu dari balik dinding. Sesudah berlalu satu tahun, dipanggilnya Abu Hurairah kembali dan dimintanya membacakan lagi Hadits-hadits yang dulu itu yang telah ditulis sekretarisnya. Ternyata tak ada yang terlupa oleh Abu Hurairah radhiyallahu anhu walau agak sepatah kata pun.Ia berkata tentang dirinya: — “Tak ada seorang pun dari sahabat-sahabat Rasul yang lebih banyak menghafal Hadits dari padaku, kecuali Abdullah bin ‘Amr bin ‘Ash, karena ia pandai menuliskannya sedang aku tidak ..; “. Dan Imam Syafi’i mengemukakan pula pendapatnya tentang Abu Hurairah radhiyallahu anhu: — “la seorang yang paling banyak hafal di antara seluruh perawi Hadits sesamanya”. Sementara Imam Bukhari menyatakan pula: –”Ada delapan ratus orang atau lebih dari sahabat tabi’in dan ahli ilmu yang meriwayatkan Hadits dari Abu Hurairah”.
Abu Hurairah termasuk orang ahli ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah, selalu melakukan ibadat bersama isterinya dan anak-anaknya semalam-malaman secara bergiliran; mula-mula ia berjaga sambil solat sepertiga malam kemudian dilanjutkan oleh isterinya sepertiga malam dan sepertiganya lagi dimanfaatkan oleh puterinya… ” Dengan demikian, tak ada satu saat pun yang berlalu setiap malam di rumah Abu Hurairah radhiyallahu anhu, melainkan berlangsung di sana ibadat, dzikir dan solat!
Karena keinginannya memusatkan perhatian untuk menyertai Rasul Salallahu ‘alaihi wasallam. ia pernah menderita kepedihan lapar yang jarang diderita orang lain. Dan pernah ia menceritakan kepada kita bagaimana rasa lapar telah menggigit-gigit perutnya, maka diikatkannya batu dengan surbannya ke perutnya dan ditekannnya ulu hatinya dengan kedua tangannya, lalu terjatuhlah ia di masjid rambil menggeliat-geliat kesakitan hingga sebagian sahabat menyangkanya ayan, padahal sama sekali bukan .. .!
Semenjak ia menganut Islam tak ada yang memberatkan dan menekan perasaan Abu Hurairah dari berbagai persoalan hidupnya ini, kecuali satu masalah yang hampir menyebabkannya tak dapat memejamkan mata. Masalah itu ialah mengenai ibunya, karena waktu itu ia menolak untuk masuk Islam …. Bukan hanya sampai di sana saja, bahkan ia menyakitkan perasaannya dengan menburuk-burukkan Rasulullah di depannya…

Pada suatu hari ibunya itu kembali mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan bagi Abu Hurairah radhiyallahu anhu tentang Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam ., hingga ia tak dapat menahan tangisnya dikarenakan sedihnya, lalu ia pergi ke mesjid Rasul….Marilah kita dengarkan ia menceritakan lanjutan berita kejadian itu sebagai berikut:
Sambil menangis aku datang kepada Rasulullah, lalu kataku: –”Ya Rasulallah, aku telah meminta ibuku masuk islam, Ajaranku itu ditolaknya, dan hari ini aku pun baru saja, memintanya masuk Islam. Sebagai jawaban ia malah mengeluarkan kata-kata yang tak kusukai terhadap diri Anda. Kerananya mohon anda do’akan kepada Allah kiranya ibuku itu ditunjuki-Nya kepada Islam….”
Maka Rasulullah Salallahu ‘alaihi wasallam . berdo’a: “Ya Allah tunjukkilah ibu Abu Hurairah!”
Aku pun berlari mendapatkan ibuku untuk menyampaikan khabar gembira tentang do’a Rasulullah itu. Sewaktu sampai di muka pintu, kudapati pintu itu terkunci. Dari luar kedengaran hunyi gemercik air, dan suara ibu memanggilku: “Hai Abu Hurairah, tunggulah ditempatmu itu… !”
Di waktu ibu keluar ia memakai bajunya, dan membalutkan selendangnya sambil mengucapkan: “Asyhadu alla ilaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuluh
Aku pun segera berlari menemui Rasulullah sambil menangis kerana gembira, sebagaimana dahulu aku menangis kerana berduka, dan kataku padanya: “Kusampaikan khabar suka ya Rasulullah, bahwa Allah telah mengabullkan do’a anda …, Allah telah menunjuki ibuku ke dalam islam … “. Kemudian kataku pula: “Ya Rasulullah, mohon anda du’akan kepada Allah, agar aku dan ibuku dikasihi oleh orang-orang Mu’min, baik laki-laki maupun perempuan!” Maka Rasul berdo’a: “Ya Allah, mohon engkau jadikan hamba-Mu ini beserta ibunya dikasihi oleh sekalian orang-orang Mukmin, laki-laki dan perempuan …!”
Abu Hurairah radhiyallahu anhu hidup sebagai seorang ahli ibadah dan seorang mujahid … tak pernah ia ketinggalan dalam perang, dan tidak pula dari ibadat. Di zaman Umar bin Khatthab ia diangkat sebagai amir untuk daerah Bahrain, sedang Umar sebagaimana kita ketahui adalah seorang yang sangat keras dan teliti terhadap pejabat-pejabat yang diangkatnya. Apabila ia mengangkat seseorang sedang ia mempunyai dua pasang pakaian maka sewaktu meninggalkan jabatannya nanti haruslah orang itu hanya mempunyai dua pasang pakaian juga…… malah lebih utama kalau ia hanya memiliki satu pasang saja! Apabila waktu meninggalkan jabatan itu terdapat tanda-tanda kekayaan, maka ia takkan luput dari interogasi Umar, sekalipun kekayaan itu berasal dari jalan halal yang dibolehkan syara’! Suatu dunia lain …. Yang diisi oleh Umar dengan hal-hal luar biasa dan mengagumkan… Rupanya sewaktu Abu Hurairah memangku jabatan sebagai kepala daerah Bahrain ia telah menyimpan harta yang berasal dari sumber yang halal. Hal ini diketahui oleh Umar, maka iapun dipanggilnya datang ke Madinah……Dan mari kita dengarkan Abu Hurairah, memaparkan soal jawab ketus yang berlangsung antaranya dengan Amirul Mu’minin Umar: — Kata Umar: – “Hai musuh Allah dan musuh kitab-Nya, apa engkau telah mencuri harta Allah?’• Jawabku;. “Aku bukan musuh Allah dan tidak pula musuh kitab-Nya ._.hanya aku menjadi musuh orang yang memusuhi keduanya dan aku bukanlah orang yang mencuri harta Allah . . !’•- Dari mana,kau peroleh sepuluh ribu itu? — Kuda kepunyaanku beranak-pinak dan pemberian orang berdatangan …. Kembalikan harta itu ke perbendaharaan negara (baitul maal)… !
Abu Hurairah menyerahkan hartanya itu kepada Umar, kemudian ia mengangkat tangannya ke arah langit sambil berdu’a: “Ya Allah, ampunilah Amirul Mu’minin
Tak selang beberapa lamanya. Umar memanggil Abu Hurairah kembali dan menawarkan jabatan kepadanya di wilayah baru. Tapi ditolaknya dan dimintanya maaf kerana tak dapat menerimanya. Kata Umar kepadanya: — “Kenapa, apa sebabnya?” Jawab Abu Hurairah: “Agar kehormatanku tidak sampai tercela, hartaku tidak dirampas, punggungku tidak dipukul… !”
Kemudian katanya lagi: “Dan aku takut menghukum tanpa ilmu dan bicara tanpa belas kasih … !”
Pada suatu hari sangatlah rindu Abu Hurairah radhiyallahu anhu hendak bertemu dengan Allah …. Selagi orang-orang yang mengunjunginya mendo’akannya cepat sembuh dari sakitnya, ia sendiri berulang-ulang memohan kepada Allah dengan berkata: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah sangat rindu hendak bertemu dengan-Mu,
Semoga Engkau pun demikian … !” Dalam usia 78 tahun, tahun yang ke-59 Hijriyah ia pun berpulang ke rahmatullah.
Di sekeliling orang-orang soleh penghuni pandam pekuburan Baqi’, di tempat yang beroleh berkah, di sanalah jasadnya dibaringkan … ! Dan sementara orang-orang yang mengiringkan jenazahnya kembali dari pekuburan, mulut dan lidah mereka tiada henti-hentinya membaca Hadits yang disampaikan Abu Hurairah kepada mereka dari Rasul yang mulia……..
Salah seorang di antara mereka yang baru masuk Islam bertanya kepada temannya: “Kenapa syekh kita yang telah berpulang ini diberi gelar Abu Hurairah (bapak kucing)? Tentu temannya yang telah mengetahui akan menjawabnya: •’Di waktu jahiliyah namanya dulu Abdu Syamsi, dan tatkala ia memeluk Islam, ia diberi nama oleh Rasul dengan Abdurrahman. Ia sangat penyayang kepada binatang dan mempunyai seekor kucing, yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberinya tempat. Kucing itu selalu menyertainya seolah-olah bayang bayangnya. Inilah sebabnya ia diheri gelar “Bapak Kucing”, moga-moga Allah redha kepadanya dan menjadikannya redha kepada Allah……..!

Isnin, 20 Julai 2009

SIRAH: DUTA ISLAM YANG PERTAMA

Mus'ab Bin Umair (Bahagian Akhir)


Demikianlah duta Rasulullah yang pertama yang telah mencapai hasil gemilang yang tiada taranya, satu keberhasilan yang memang wajar yang layak diperolehnya. Hari-hari dan tahun-tahun pun berlalu dan rasulullah bersama para sahabatnyaberhijrah ke madinah.


Orang-orang Quraisy semakin geram dengan dendamnya, mereka menyiapkan tenaga untuk melanjutkan kekerasan terhadap hamba-hamba Allah yang soleh. Terjadilah perang badar dan kaum quraisy pun beroleh pelajaran pahit yang menghabiskan sisa-sisa fikiran sihat mereka, hingga mereka berusaha untuk menebus kekalahan, kemudian datanglah giliran perang uhud, dan kaum Muslimin pun bersiap-siap mengatur barisan. Rasulullah berdiri di tengah barisan itu, menatap setiap wajah orang beriman menyelidiki siapa yang sebaiknya membawa bendera. Maka terpanggillah Mus’ab yang baik dan pahlawan itu tampil sebagai pembawa bendera.


Peperangan berkobar lalu berkecamuk dengan sengitnya. Pasukan oanah melanggar tidak mentaati peraturan Rasulullah, mereka meninggalkan kedudukannya di celah bukit setelah melihat orang-orang musyrik menderita kekalahan dan mengundurkan diri. Perbuatan mereka itu secepatnya merubah suasana, hingga kemenangan kaum muslimin bealih menjadi kekalahan.


Dengan tidak diduga, pasukan berkuda Quraisy menyerbu kaum Muslimin dari bukit, lalu tombak dan pedang pun berdentang bagaikan mengamuk, membantai kaum muslimin yang tengah kacau bilau. Melihat barisan kaum Muslimin porak poranda, musuh pun menujukan serangan ke arah Rasulullah dengan maksud menghantamnya.


Mus’ab bin umair menyedari suasana gawat ini. Maka diacungkannya bendera setinggi-tingginya dan bagaikan ngauman singa ia bertakbir sekeras-kerasnya lalu maju ke muka, melompat, mengelak dan berputar lalu menerkan. Minatnya tertuju untuk menarik perhatian musuh kepadanya dan melupakan rasulullah s.a.w. Dengan demikian dirinya peribadi bagaikan membentuk barisan tentera.


Sungguh, walaupun seorang diri, tetapi Mus’ab bertempur laksana pasukan tentera besar. Sebelah tangannya memegang bendera bagaikan taming kesaktian, sedang yang sebelah lagi menebaskan pedang dengan matanya yang tajam. Tetapi musuh kian bertambah banyak juga, mereka hendak menyeberang dengan menginjak-injak tubuhnya untuk mencapai Rasulullah.


Sekarang marilah kita perhatikan saksi mata, yang akan menceritakan saat-saat terakhir pahlawan besar Mus’ab bin Umair.

Berkata Ibnu Saad: ”Diceritakan kepada kami oleh Ibrahim bin Muhammad bin Syurahbil al Abdari dan bapaknya, beliau berkata:”Mus’ab bin Umair adalah pembawa bendera perang Uhud. Tatkala barisan kaum muslimin pecah, mus’ab bertahan pada kedudukannya. Datanglah seorang musuh berkuda, Ibnu Qumaiyah namanya, lalu menebas tangannya hingga putus, sementara Mus’ab mengucapkan: ”Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, yang sebelumnya telah didahului oleh beberapa orang Rasul.’ Maka dipegangnya bendera dengan tangan kirinya sambil membongkok melindunginya. Musuhpun menebas tangan kirinya itu hingga putus pula, Mus’ab membongkok ke arah bendera, lalu dengan kedua pangkal lengannya meraihnya ke dada sambil mengucapkan : ” Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, yang sebelumnya telah didahului oleh beberapa orang Rasul”. Lalu orang berkuda itu menyerangnya ketiga kali dengan tombak, dan menusukkannya hingga tombak itu pun patah. Mus’ab pun gugur, dan bendera jatuh”.


Gugurlah Mus’ab dan jatuhlah bendera. Ia gugur sebagai bintang dan mahkota para syuhada. Dan hal itu dialaminya setelah dgn keberanian luar biasa mengharungi kancah pengorbanan dan keimanan. Di saat itu Mus’ab berpendapat bahwa sekiranya ia gugur, tentulah jalan para pembunuh akan terbuka luas menuju Rasulullah SAW tanpa ada pembela yg akan mempertahankanya. Demi cintanya yg tiada terbatas kepada Rasulullah dan cemas memikirkan nasibnya nanti, ketika ia kan pergi berlalu, setiap kali pedang jatuh menerbangkan sebelah tangannya dihiburkan dirinya dengan ucapan: ”Muhammad itu tiada lain hanyalah seorang Rasul, yang sebelumnya telah didahului oleh beberapa orang Rasul.”

Kalimat yg kemudian dikukuhkan sebagai wahyu ini selalu diulang dan dibacanya sampai selesai, hingga akhirnya menjadi ayat al-Quran yg selalu dibaca orang.

Setelah pertempuran usai, ditemukan jasad pahlawan ulung yg syahid itu terbaring dgn wajah menelungkup ke tanah digenangi darahnya yg mulia. Dan seolah-olah tubuh yg telah kaku itu masih takut menyaksikan bila Rasulullah ditimpa bencana, maka disembunyikan wajahnya agar tidak melihat peristiwa yg dikwatirkan dan ditakutinya itu. Atau mungkin juga ia merasa malu kerana telah gugur sebelum hatinya tenteram beroleh kepastian akan keselamatan Rasulullah, dan sebelum ia selesai menunaikan tugasnya dalam membela dan mempertahankan Rasulullah sampai berhasil.

Rasulullah SAW bersama para sahabat datang meninjau medan pertempuran untuk menyampaikan perpisahan kepada para syuhada. Ketika sampai ke tempat terbaringnya jasad Mus’ab bercucuranlah dengan deras air matanya. Berkata Khabbah Ibnul ’Urrat: ”Kami hijrah di jalan Allah bersama Rasulullah SAW dengan mengharap keredhaanNya, hingga pastilah sudah pahala disisi Allah. Di antara kami ada yg telah berlalu sebelum menikmati pahalanya didunia ini sedikitpun juga. Di antaranya ialah Mus’ab bin Umair yg tewas di perang Uhud. Tak sehelai pun kain untuk menutupinya selain sehelai burdah. Andainya ditaruh diatas kepalanya, terbukalah kedua belah kakinya. Sebaliknya bila ditutupkan ke kakinya terbukalah kepalanya. Maka sabda Rasulullah SAW: ”Tutuplah ke bahagian kepalanya dan kakinya tutupilah dengan rumput idzkhir!”

Bertapa pun luka pedih dan duka yg dalam menimpa Rasulullah kerana gugur bapa saudaranya Hamzah dan di rosak tubuhnya oleh orang-orang musyrik demikian rupa, hingga bercucurlah air mata Nabi dan betapa penuhnya medan peperangan dengan mayat para sahabat dan kawan-kawannya yang masing-masing mereka baginya merupakan panji-panji ketulusan, kesucian dan cahaya. Betapa juga semua itu, Rasulullah tidak melewatkan berhenti sejenak dekat jasad dutanya yg pertama, untuk melepas dan mengeluarkan isi hatinya. Memang, Rasulullah berdiri di depan Mus’ab Bin Umair dengan pandangan mata yg pendek bagai menyelubunginya dengan kesetiaan dan kasih-sayang, dibacanya ayat 23 dalam surah al-Ahzab yg bermaksud,

”Di antara orang-orang Mukmin terdapat pahlawan-pahlawan yg telah menepati janjinya dengan Allah.”

Kemudian dengan mengeluh memandangi burdah yg digunakan untuk kain tutupnya, seraya bersabda: ”Ketika di Mekah dulu, tak seorang pun aku lihat yg lebih halus pakaiannya dan lebih rapi rambutnya daripadamu. Tetapi sekarang ini, dengan rambutmu yg kusut massai, hanya dibalut sehelai burdah.”

Setelah melayangkan pandangan sayu ke arah medan serta para syuhada kawan-kawan Mus’ab yg tergeletak diatasnya, Rasulullah berseru: ”Sungguh, Rasulullah akan menjadi saksi nanti di hari kiamat, bahwa tuan-tuan semua adalah syuhada di sisi Allah.”

Kemudian sambil berpaling ke arah sahabat yg masih hidup, sabdanya: ”Hai manusia! Berziarahlah dan berkunjunglah kepada mereka serta ucapkan salam! Demi Allah yg menguasai nyawaku, tak seorang Muslim pun sampai hari kiamat yg memberi salam kepada mereka, pasti mereka akan membalasnya.”

Sabtu, 18 April 2009

SIRAH: DUTA ISLAM YANG PERTAMA

MUS’AB BIN UMAIR (Bahagian 3)

Mus’ab telah dipilih oleh Rasulullah SAW untuk melaksanakan satu tugas yang penting pada ketika itu. Dia menjadi duta atau utusan Rasul ke Madinah untuk mengajarkan selok-belok agama kepada orang-orang Ansar yang telah beriman dan berbai’at kepada Rasulullah SAW di bukit Aqabah. Di samping itu mengajak orang-orang lain untuk memeluk Islam, serta mempersiapkan kota Madinah untuk menyambut hijratul Rasul sebagai peristiwa besar.

Sebenarnya dikalangan sahabat ketika itu masih banyak yang lebih tua, lebih berpengaruh dan lebih dekat hubungan kekeluargaannya dengan Rasulullah SAW daripada Mus’ab. Tetapi Rasulullah SAW memilih “Mus’ab yang baik” and bukan tidak menyedari bahawa baginda telah memikulkan tugas penting ke atas pundak pemuda itu dan menyerahkan kepadanya tanggungjawab nasib Islam di Kota Madinah, satu yang tidak lama lagi akan menjadi kota Hijrah, pusat para da’I dan dakwah, tempat berhimpunnya penyebar dan pembila Islam.

Mus’ab memikul amanat itu dengan berbekalkan kurniaan Allah kepadanya iaitu fikiran yang cerdas dan budi yang luhur. Dengan sifa zuhud, kejujuran dan kesungguhan dia berhasil melunakkan dan menawan hati penduduk Madinah hingga mereka berduyun-duyun memeluk Islam. Sesampainya di madinah, dia mendapati kaum Muslimin di sana tidak lebih dari 12 orang, iaitu orang-orang yang telah berbai’at di bukit Aqabah. Tetapi tidak sampai beberapa bulan kemudian, meningkatlah bilangan oang-orang yang sama-sama memenuhi panggilan Allah dan Rasul-Nya. Pada musin haji yang berikutnya, dari perjanjian Aqabah, kaum Muslimin Madinah mengirim utusan yang mewakilil mereka menemui Nabi SAW. Utusan itu dipimpin oleh guru mereka, oleh duta yang dikirim Nabi SAW kepada mereka iaitu Mus’ab bin Umair.

Dengan tindakannya yang tepat dan bijaksana, Mus’ab bin Umair telah membuktikan bahawa pilihan Rasulullah SAW atas dirinya itu tepat. Dia memahami tugas dengan sepenuhnya sehingga tidak melampaui batas yang telah ditetapkan. Dia sedar bahawa tugasnya adalah untuk menyeru kepada Allah, menyampaikan berita gembira lahirnya satu agama yang mengajak manusia mencapai hidayah Allah, membimbing mereka ke jalan yang lurus. Akhlaqnya mengikuti polar hidup Rasulullah SAW yang diimaninya. Di Madinah Mus’ab bin Umair tinggal sebagai tetamu di rumah As’ad bin Zararah. Dengan ditemani As’ad dia pergi mengunjungi kabilah-kabilah, tempat pertemuan, untuk membacakan ayat-ayat kitab suci dari Allah, menyampaikan kalimatullah “bahawa Allah tuhan yang Maha Esa” secara berhati-hati.

Dia pernah menghadapi beberapa peristiwa yang mengamcam keselamatannya dan sahabat-sahabatnya. Satu hari sedang dia memberikan ucapan kepada orang-orang, tiba-tiba disergah oleh Usaid bin Hudalir, ketua suku kabilah Abdul Asyhal di Madinah. Usaid menghentakkan lembingnya kepada Mus’ab dengan marahnya kerana menyaksikan Mus’ab yang dianggap akan mengganggu dan menyelewengan anak buahnya daripada mereka, serta mengemukakan Tuhan yang Maha Esa yang belum pernah mereka kenal dan dengar sebelum ini. Menurut pandangan Usaid, tuhan-tuhan yang bersimpuh lena di tempat masing-masing mudah dihubungi secara konkrit. Jika seseorang memerlukan salah-satu di antaranya, tentulah dia mengetahui tempatnya dan segera pergi mengunjunginya untuk menceritakan kesusahan serta menyampaikan permohonan. Demikianlah yang tergambar dan terbayang dalam fikiran suku Abdul Asyhal, tetapi Tuhan kepada Muhammad SAW yang diserukan beribadah kepada-Nya oleh utusan yang dating kepada mereka itu tidaklah diketahui tempat-Nya dan tidak seorang pun yang dapat melihat-Nya.

Apabila dilihat kedatangan Usaid bin Hudalir yang marah bagaikan api yang sedang membara kepada orang-orang Islam yang duduk bersama Mus’ab, mereka pun merasa takut, tetapi “Mus’ab yang baik” tetap tenang dengan air muka tidak berubah. Bagaikan singa yang hendak menerkam Usaid berdiri didepan Mus’ab dan As’ad bin Zararah. Bentaknya “Apa maksud kalian datang ke kampung kami ini, adakah hendak memperbodohkan rakyat kecil kami? Tinggalkan segera tempat ini, jika tidak ingin nyawa kalian melayang!”. Mus’ab berkata “kenapa anda tidak duduk dan dengar dahulu, seandainya anda menyukai nanti, anda dapat menerimanya. Sebaliknya jika tidak, kami akan menghentikan apa yang tidak anda sukai itu.” Usaid seorang yang berakal dan berfikiran sihat, dia diajak oleh Mus’ab untuk berbicara dan meminta pertimbangan hatinya sendiri. Yang dimintanya agar dia bersedia mendengar dan bukan yang lain. Jika dia bersetuju, dia akan membiarkan Mus’ab dan jika tidak, maka Mus’ab berjanji akan meninggalkan mereka dan mencari tempat lain dengan tidak merugikan sesiapa pun.

“Sekarang saya insaf” ujar Usaid, lalu menjatuhkan lembignya ke tanah dan duduk mendengar. Bila Mus’ab membacakan ayat-ayat al-Qur’an dan menghuraikan dakwah yang dibawa oleh Muhammad bin Abdullah SAW, maka dada Usaid mulai terbuka dan bercahaya, beralun-berirama mengikuti naik-turunnya suara serta meresapi keindahannya. Dan belum sempat lagi Mus’ab selesai dari huraiannya, Usaid pun berkata “Alangkah indah dan benarnya ucapan itu! Dan apakah yang harus dilakukan oleh yang hendak memeluk agama ini?” maka sebagai jawapannya gemuruhlah suara tahlil, serentak seakan hendak mengoncangkan bumi. Kemudian Mus’ab berkata “hendaklah ia mensucikan diri, pakaian dan badannya, serta bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah SWT. Uasaid meninggalkan mereka beberapa ketika, kemudian kembali dengan terdapat air dirambutnya lalu ia berdiri sambil menyatakan pengakuannya bahawa tiada tuhan yang berhak di sembah melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah. Berita itu tersebar dengan cepatnya. Keislaman Usaid disusuli oleh Sa’ad bin Mu’adz. Setelah mendengar huraian Mus’ab, Sa’ad berpuashati dan memeluk Islam pula. Langkah ini pula diikuti oleh Sa’ad bin ‘Ubadah. Dan dengan keislaman mereka ini, bererti selesailah persoalan di antara pelbagai suku di madinah. Warga kota Madinah saling kunjung-mengunjung dan bertanya-tanya sesame mereka “Jika Usaid bin Hudalir, Sa’ad bin’Ubadah dan Sa’ad bin Mu’adz telah memeluk Islam, apa lagi yang kita tunggu, ayuhlah kita pergi kepada Mus’ab dan beriman bersamanya! Kata orang, kebenaran itu terpancar dari celah-celah giginya!”.

Isnin, 14 Julai 2008

SIRAH: DUTA ISLAM YANG PERTAMA

MUS'AB BIN UMAIR (Bahagian 2)

Demikianlah beberapa lama Mus’ab tinggal di dalam kurungan sehingga tiba masa beberapa orang Muslimin berhijrah ke Habsyah. Mendengar berita hijrah ini mus’ab pun mencari muslihat dan dia berjaya mengelabui ibu dan penjaga-penjaganya lalu pergi habsyah untuk melindungi dirinya. Mus’ab tinggal di sana bersama saudara-saudara kaum muhajirin kemudiannya pulang ke Mekah semula. Selepas itu dia berhijrah lagi kali yang kedua bersama para sahabat di atas arahan Rasulullah dan kerana taat kepadanya.

Sama ada di Habsyah ataupun di Mekah, banyak ujian dan penderitaan yang harus dilalui oleh Mus’ab dalam setiap saat dan tempat dan ia semakin bertambah. Walau bagaimanapun Mus’ab telah selesai dan berjaya membentuk corak kehidupan menurut pola yang modelnya telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Dia berasa puas kerana kehidupannya telah layak untuk dipersembahkan sebagai pengorbanan terhadap Penciptanya Yang Maha Tinggi, Tuhannya Yang Maha Besar.

Pada suatu hari Mus’ab muncul di hadapan beberapa orang Muslimin yang sedang duduk di sekeliling Rasulullah s.a.w, setelah melihat Mus’ab, mereka semua menundukkan kepala dan memejamkan mata dan beberapa orang pula kelihatan matanya basah kerana sedih. Mereka melihat Mus’ab memakai jubah usang yang bertampal-tampal sedangkan mereka belum lagi melupakan tentang pakaiannya sebelum memeluk Islam, tidak ubah seperti kembang di taman, berwarna warni dan berbau wangi. Rasulullah pula menatapnya dengan pandangan yang penuh makna, disertai rasa cinta dan kasih serta syukur di dalam hati, pada bibirnya terukir senyuman mulia, seraya bersabda:
“Dahulu saya lihat Mus’ab ini tidak ada yang mengimbangi dalam memperoleh kesenangan dari orang tuanya, kemudian ditinggalkannya semua itu demi cinta kepada Allah dan RasulNya.”

Semenjak ibunya berasa putus asa untuk mengembalikan Mus’ab kepada agama yang lama, dia telah memberhentikan pemberian yang biasa diberikannya. Bahkan dia tidak rela sekiranya makanannya di makan oleh orang yang telah mengingkari berhala dan patut mendapat kutukan daripadanya, walau pun anak kandungnya sendiri.

Akhirnya Mus’ab bertemu dengan ibunya ketika ibunya ingin mencuba untuk mengurungnya sekali lagi sewaktu dia pulang dari Habsyah. Dia pun bersumpah dan menyatakan tekadnya untuk membunuh orang-orang suruhan ibunya bila rancangan itu dilaksanakan.Disebabkan ibunya telah mengetahui betapa kuat tekad puteranya yang telah mengambil satu keputusan, maka tidak ada jalan lain baginya melainkan melepaskan dengan cucuran air mata sementara Mus’ab mengucapkan selamat berpisah dengan menangis pula.

Saat perpisahan itu menggambarkan kepada kita kegigihan luar biasa dalam kekafiran pihak ibu, sebaliknya kebulatan tekad yang lebih besar dalam mempertahankan keimanan di pihak anak. Semasa ibunya mengusir Mus’ab dari rumah sambil berkata “Pergilah sesuka hatimu! Aku bukan ibumu lagi!” Maka Mus’ab pun menghampiri ibunya sambil berkata “Wahai bonda! Telahpun anakanda sampaikan nasihat kepada bonda, dan anakanda berasa kasihan kepada bonda. Oleh itu saksikanlah bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusanNya.”

Dengan murka dan marahnya ibunya menjawab: “Demi bintang! Sekali-kali aku tidak akan masuk ke dalam agamamu itu. Otakku boleh rosak dan pandanganku tidak akan diendahkan orang lagi.”

Begitulah Mus’ab meninggalkan kemewahan dan kesenangan yang dialaminya selama ini dan memilih hidup miskin dan sengsara, pemuda yang segak dan bergaya itu kini telah menjadi melarat dengan pakaian yang kasar dan usang, sehari makan dan beberapa hari menderita lapar. Tetapi jiwanya yang telah dihiasi dengan aqidah suci dan cemerlang berkat Nur Ilahi, telah merubah dirinya menjadi seorang manusia lain, iaitu manusia yang dihormati, penuh wibawa dan disegani.

………………bersambung

Ahad, 4 Mei 2008

SIRAH : DUTA ISLAM YANG PERTAMA

MUS’AB BIN UMAIR (Bahagian 1)

Mus’ab bin Umair adalah antara salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w.. Mus’ab adalah seorang remaja Quraisy yang terkemuka, seorang yang paling segak dan tampan, penuh dengan jiwa dan semangat kemudaan serta menjadi seorang warga Mekah yang mempunyai nama yang paling harum.

Mus’ab dilahirkan dan dibesarkan dalam kesenangan dan membesar dalam suasana tersebut. Boleh dikatakan pada ketika itu, tidak ada seorang pun anak-anak muda di Mekah yang beruntung dimanjakan oleh kedua ibu bapanya seperti yang dialami oleh Mus’ab bin Umair.

Mungkinkah seorang pemuda yang serba kecukupan, biasa hidup dalam kemewahan dan dimanjakan oleh kedua ibu bapanya, menjadi buah mulut gadis- gadis di Mekah dan menjadi bintang di tempat-tempat perjumpaan, akan berubah sehingga menjadi buah mulut tentang keimanan dan menjadi contoh dalam semangat kepahlawanan?

Sememangnya ini telah berlaku kepada Mus’ab atau “Mus’ab yang baik” iaitu gelaran yang diberikan oleh kaum Muslimin kepadanya. Inilah salah satu di antara peribadi-peribadi yang didik oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Bagaimanakah peribadi ini boleh terbentuk?

Kisah hidup Mus’ab menjadi kebanggaan umum. Suatu hari pemuda ini mendengar berita yang telah tersebar luas di kalangan warga Mekah mengenai Muhammad Al Amin…Muhammad s.a.w. yang menyatakan bahawa dia telah diutus oleh Allah sebagai pembawa berita suka dan duka sebagai da’i (pendakwah) yang mengajak ummat beribadat kepada Allah Yang Maha Esa.

Perhatian dan tumpuan warga Mekah pada ketika itu juga terpusat kepada berita itu dan tidak ada yang lain yang menjadi topic perbualan mereka kecuali tentang Rasulullah s.a.w serta agama yang dibawanya, maka pemuda yang dimanjakan ini juga banyak mendengar tentang berita itu. Walaupun usianya masih muda, namun dia mampu menjadi penyeri majlis-majlis perjumpaan dan kehadirannya selalu diharapkan oleh ahli-ahli dalam perjumpaan tersebut serta rakan-rakannya. Gaya yang tampan dan otak yang cerdas merupakan keistimewaan Ibnu Umair dan menjadi daya pemikat dan pembuka jalan penyelesaian masalah.

Di antara berita yang didengarnya ialah Rasulullah bersama dengan pengikutnya sering mengadakan perjumpaan di tempat yang terhindar jauh dari gangguan kaum Quraisy dan ancaman-ancamannya iaitu di Bukit Safa di rumah Arqam bin Abil Arqam.

Keraguannya terhadap perkara tersebut tidak lama, hanya seketika sahaja dia menunggu, maka pada suatu waktu senja dengan didorong oleh keinginan yang tinggi, dia telah pergi ke rumah Arqam untuk menyertai rombongan tersebut. Di tempat itu Rasulullah sering berkumpul dengan para sahabat, tempat mengajarkan ayat-ayat al Quran dan membawa mereka solat beribadat kepada Allah Yang Maha Besar.

Sebaik sahaja Mus’ab mengambil tempat duduknya, ayat al Quran mulai mengalir dari kalbu Rasulullah bergema melalui kedua bibirnya dan sampai ke telinga, meresap di hati para pendengar. Di senja itu Mus’ab terpesona dengan untaian kalimat Rasulullah yang tepat menemui sasaran pada hatinya.

Mus’ab berasa terharu dan sangat gembira seolah-olah ingin terbang. Dia tidak dapat duduk pada tempat duduknya, tetapi Rasulullah menghulurkan tangannya yang penuh berkat, kasih saying serta mengurut dada pemuda yang sedang panas sehingga tiba-tiba menjadi sebuah lubuk hati yang tenang dan damai, tidak ubah seperti sebuah lautan yang teduh dan damai. Pemuda yang telah Islam dan beriman itu kelihatan telah memiliki ilmu dan hikmah yang luas – berlipat ganda dari ukuran usianya dan mempunyai kepekatan hati yang mampu mengubah sejarah.

Ibu Mus’ab iaitu Khunas binti Malik adalah seorang yang berkeperibadian kuat dan mempunyai pendirian yang tidak dapat ditawar atau diganggu gugat. Dia wanita yang disegani dan ditakuti.

Setelah Mus’ab memeluk Islam, tiada satu kekuatan pun yang ditakuti dan dibimbanginya melainkan ibunya sendiri, bahkan walau seluruh penduduk Mekah serta berhala-berhala para pembesar dan padang pasirnya berubah menjadi suatu kekuatan yang menakutkan yang hendak menyerang dan menghancurkannya, tentulah Mus’ab akan menganggapnya perkara remeh sahaja. Tetapi bagi Mus’ab tentangan dari ibunya bukanlah perkara kecil.

Mus’ab mula berfikir untuk mencari penyelesaian dan akhirnya memutuskan untuk menyembunyikan keislamannya sehingga terjadi sesuatu yang dikehendaki Allah. Begitulah dia sentiasa beulang alik ke rumah Arqam menghadiri majlis Rasulullah di mana hatinya rasa bahagia dengan keimanan dan dia bersedia menebusnya dengan kemurkaan ibunya yang belum mengetahui tentang berita keislamannya.
Alau bagaimanapun di kota Mekah tiada perkara yang dapat disembunyikan, lebih-lebih lagi dalam keadaan tersebut. Mata kaum Quraisy berkeliaran di mana-mana mengikuti setiap langkah dan menyelusuri setiap jejak.

Kebetulan pada masa itu seorang yang bernama Usman bin Talhah melihat Mus’ab memasuki rumah Arqam secara sembunyi. Pada hari yang lain pula dilihatnya Mus’ab bersolat seperti Muhammad s.a.w. Dengan pantas dia pergi mendapatkan ibu Mus’ab dan melaporkan berita yang telah pasti itu.

Berdirilah Mus’ab di hadapan ibu dan keluarganya serta para pembesar Mekah yang berkumpul di rumahnya. Dengan hati yang yakin pasti dibacakannya ayat-ayat suci al Quran yang disampaikan oleh Rasulullah dengan harapan untuk mencuci hati nurani mereka, mengisinya dengan hikmah dan kemuliaan, kejujuran dan ketaqwaan.
Ketika ibunya cuba menutup mulut puteranya dengan tamparan yang kuat, tiba-tiba tangan yang dihulurkan itu menjadi lemah dan jatuh terkulai – demi melihat nur atau cahaya yang membuat wajah yang telah berseri itu semakin berwibawa dan menimbulkan satu ketenangan yang mendorong ibunya menghentikan tindakan tersebut.

Kerana rasa keibuannya, ibu Mus’ab terhindar dari memukul dan menyakiti puteranya, tetapi tidak dapat menahan diri dari tuntutan bela berhala-berhalanya dengan jalan lain. Dia telah membawa puteranya ke suatu tempat yang terpencil di rumahnya, lalu dikurung dan dipenjarakan dengan kawalan yang amat ketat sekali.

.......bersambung