Khamis, 15 Oktober 2009

Nikmatnya Bila Syara' Dijaga


Hari ini sahabat-sahabat Haluansiswi diberi peluang oleh Allah untuk pergi berenang di salah sebuah kolam renang di tempat Haluansiswi. Kolam renang ini Alhamdulillah agak soleh suasananya kerana sekitarnya dipagari tembok batu yang tinggi. (andaikata kita diluar tak mampu menjengguk aktiviti didalamnya). Selain itu, terdapat satu lagi faktor yang membuatkan kami selesa berenang disana... kolam renang tersebut telah menetapkan had atau giliran hari kepada lelaki dan perempuan untuk berenang disitu... hari untuk kaum hawa pergi berenang disitu adalah hari selasa dan rabu petang, sementara Isnin, Khamis dan Jumaat petang pula khusus untuk lelaki. bayaran yang dikenakan pun amat murah..semurah RM2 sahaja...memang best...ada dikalangan sahabat haluansiswi yang belum pernah sampai kesitu so apalagi... dah terbayanglah keseronokkan yang bakal dikecapi nanti... namun ada satu yang menggusarkan sahabat tersebut- "boleh ke masuk kalau tak pakai pakaian renang??".. sahabat haluansiswi yang di panggil H telah menenangkan rakannya F - " ish..anti ni..ana dah mai tiga kali dah..pakai t-shrt labuh dengan seluar panjang nih- tak dak lah pulak kena halau..anti tak yah bimbanglah.."

Kami pun mula menyalin pakaian di tempat yang disediakan, pada mulanya suasana di situ amat tenang.. belum ramai wanita-wanita yang datang membanjiri kawasan tersebut..namun selang lima belas minit kemudian datanglah wanita-wanita tak kira tua dan muda, ada yang seksi dan ada yang menutup aurat sekadarnya memenuhi kolam renang tersebut...mereka benar-benar "berpakaian renang" seperti yang dikehendaki...seksi habis.. naik malu kami dibuatnya.. Oleh kerana kami berempat adalah yang paling ganjil disitu.. maka menjadi perhatianlah kami disitu... ialah.. mana ada orang yang pakai macam kami..bertudung, berseluar panjang dan baju labuh untuk berenang....Allah..., sebenarnya kami taklah malu..malah kami rasa begitu 'izzah dapat menjaga syara' walaupun berenang- masih lagi aurat terjaga...walaupun semuanya wanita, perasaan malu sepatutnya ada...macam-macam ragam mereka disitu...yang sukar untuk kami coretkan disini...namun pengajaran berharga banyak yang kami dapat..semasa pulang menaiki kereta semua sahabat-sahabat haluansiswi berbincang pengalaman masing-masing dan kami berazam minggu depan kami akan cuba melakukan dakwah fardiyyah- mendekati mereka-mereka itu...yang penting taaruf dengan mereka amat perlu..tidak kira siapa mereka, mereka tetap mad'u kita..Islam perlu disampaikan..itulah azam kami.... H pun berkongsi cerita..pada minggu lepas, dia ada pergi berenang disitu...dia menegur seorang wanita dengan seorang anaknya barangkali, berumur dalam 4 tahun- namun amat memeranjatkan- setiap kali dia bertanya pada wanita tersebut.. "ini anak akak ya? " wanita tersebut membalas- "entahlah...tak tahu siapa dia..mak bapak dia bodoh...dia pun bodoh" kecut perut dibuatnya sahabat haluansiswi ni...MasyaAllah...dasyatnya perkataan kejian wanita ni.. tapi bila H memandangnya tak lah pulak nampak bodoh...setelah ditaaruf lagi lebih mendalam barulah diketahui rupa-rupanya itu bukanlah anaknya- itu adalah anak luar nikah adiknya dan wanita tersebut rasa amat terbeban kerana terpaksa menjaga budak tersebut setelah dia pulang dari Australia...wanita terbabit setelah melihat kesungguhan H tadi terus bertanya.."macammana nak buat ya dengan dia? jahat sangat..nakal,degil tak dengar cakap orang" H pun membalas pada wanita tersebut..."akak..jalan terbaik buat dia ialah ajarilah dia dengan Islam..InsyaAllah kak.." kata H pada kami "itu aja yang termampu ana ucapkan..dan ana amat berharap ana akan bertemu lagi dengan kakak tu..kesian kan.." kami yang mendengar ceritanya menggangguk juga....moga Allah bagi kekuatan pada kita untuk terus menyampaikan Islam walau dimana kita berada...amat kasihan melihat gelagat umat ini..mereka amat dahaga cahaya Islam...marilah wahai teman-teman semua..kita bersama berganding bahu untuk "ISLAH NAFSAKA..WAD'U GHAIRUKA"... berenang sambil berdakwah :)

siswihaluan

Selasa, 13 Oktober 2009

Pendorong Untuk Beramal



Setiap amalan ataupun kerja yang mahu dilaksanakan, sebelumnya, pastinya terdapat sesuatu yang mendorong atau menolak manusia untuk melakukannya. Samaada pendorong itu kuat atau lemah, namun pendorong itu tetap wujud.

Pelbagai Pendorong

Antara pendorong bagi manusia melakukan amal:
1. Harta benda- manusia sanggup bersusaj payah untuknya. Inilah pengaruh yang paling ramai mempengaruhi manusia
2. Kemasyuran, pangkat, pujian dan yang seangkatan dengannya. Pelbagai strategi yang dilakukan serta berbagai tindakan yang dilakukan demi mendapatkan kemasyhuran. Tidak kurang juga jumlah manusia yang mengambil factor-faktor ini sebagai pendorong-pendorong ini. Bagi mukmin, keadaan ini adalah amat merbahaya dan perlu diubati segera.
3. Wanita, ini juga menjadi pendorong kepada manusia terutamnya bagi golongan pemuda.

Inilah diantara contoh dorongan yang mendorong manusia melakukan sesuatu. Hakikatnya memang manusia memerlukan pendorong. Andainya pendorongnya itu lemah maka lemahlah amalnya, namun sebaliknya andainya pendorong tersebut kuat maka kuatlah amalnya. Samaada pendorong itu betul atau tidak, namun pendorong itulah mempengaruhi amal.
Pendorong sebenar
Sudah tentu kita perlukan pendorong yang betul dan kuat. Pendorong yang berbeza daripada pendorong-pendoron manusia biasa. Kita memerlukan pendorong yang betul, hakiki dan abadi. Tahukah anda apa pendorongnya???

ITULAH IMAN!!!

• Sesungguhnya dorongan IMAN adalah dorongan yang sebenar, yang datang dari lubuk hati, yang yakin kepada Allah SWT.
• Sesungguhnya dorongan IMAN adalah lebih kuat , gagah, stiqamah dan menjamin keiltizaman.
• Sesungguhnya pendorong IMAN lebih bersih, suci dan dirasai nikmatnya oleh orang-orang mukmin.

HAKIKATNYA IMANLAH yang MENDORONG ORANG-ORANG MUKMIN MELAKUKAN PERINTAH –PERINTAH ALLAH SWT

Adapun pendorong-pendorong lain boleh membawa kepada syirik dan sia-sia. Alangkah ruginya kehidupan kita sekiranya pendorong yang mendorong amal kita adalah berunsurkan syirik kepada Allah dan amal kita sia-sia seperti debu ditiup angin… syirik telah berlaku dalam kehidupan masyarakat akibat manusia tidak memahami tauhid dan hakikat ubudiyah kepada Allqh. Kita sentiasa disuruh dan digesa untuk menyemak tujuan dan niat supaya ia beiarlah benar-benar untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Dua Punca Kekuatan

Dua perkara utama yang menjadi punca kekuatan ialah hati dan aqal yang mana ia adalah kurniaan Allah yang amat berharga. Fitrah hati ingin kembali kepada Allah, berhubung dan merujuk kepada Allah serta inginkan kurniaanNYa. Manusia akan menjadi kuat apabila hatinya betul-betul dengan Allah. Sebaliknya, apabila hati ada gangguan dan halangan maka manusia akan menjadi lemah. Begitu juga aqal- jika diberi haq dan benar-benar digunakannya serta diberikan kebebasan untuk mencari kebenaran maka pasti aqal itu menemui kebenaran. Aqal itu firahnya sentiasa berpihak kepada kebenaran dan ianya akan menuju Allah SWT.

Sebagaimana hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

“ Tidakklah beruntung seseorang lelaki dengan mendapat sesuatu pemberian sebagaimana beruntungnya mendapat nikmat aqal yang membimbingnya kepada kebaikan dan menahannya daripada kebinasaan”
“Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian lebih mulia daripada aqal”

Oleh itu, hati dan aqal adalah nikmat Allah yang amat bernilai sesuai dengan kejadian manusia sebagai khalifah. Namun begitu terdapat dua halangan bagi aqal dan hati iaitu nafsu dan syaitan yang mana ia menghijab dan mengganggu manusia daripada mendapat nur Allah. Sekiranya halangan-halangan ini tiada maka manusia akan Nampak nur Allah SWT.
Sebagaimana tersebut dalah hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ahmad. Bahawa Rasulullah telah bersabda:

“Kalaulah tidak kerana syaitan mengelilingi dan menghasut hati anak Adam nescaya mereka dapat menjangkau akan kekuasaan Allah di langit dan di bumi”

Oleh itu jika manusia tidak diganggu oleh syaitan dan nafsu maka pengamatannya akan menjadi cukup tinggi. Begitulah hebatnya potensi manusia.





siswihaluan