Sabtu, 1 Ogos 2009

Erti Pengorbanan dan Kasih Sayang Si Penguin



Macammana dah tengok video ini?
Terharukan...

Betapa hebatnya ciptaan Allah...Subhanallah, Allah Hu Akbar!!! Haiwan pun Allah tunjukkan betapa hebatnya erti kasih sayang dan pengorbanan walaupun mereka tidak beraqal. Allah kurniakan ilham kepada penguin untuk menjadi contoh tauladan bagi manusia yang mahu berfikir dan bermuhasabah. Banyak ayat-ayat didalam al-Quran yang menyuruh kita memandang alam ini dengan berfikir, merenung, mengkaji dan mencari erti di sebalik kejadian dan kehebatan penciptaanNya...

TIDAKKAH KAMU TERFIKIR???

Pertama kali melihat video tersebut, menangis hati ini, terlalu kagum dan ta'jub dengan pemandangan tersebut...Subhanallah Hebatnya...bergetar perasaan saat melihat betapa sabarnya ayah/suami penguin bertahan dalam kesejukkan yang tak terhingga memelihara telur di kakinya selama 4 bulan...andai kitalah yang begitu, sanggupkah???

Saat lahirnya sang anak- kembalilah ibunya ke daratan- berkejar-kejar mendapatkan suami dan anaknya- sejenak membuatkan ku terfikir

"nampak semua penguin sama ja...macammana dia kenal suami dan anaknya ya?"

Subhanallah walhamdulillah Allah Hu Akbar... tiada kata lagi yang mampu ku ucapkan...

siswihaluan

2 ulasan:

Unknown berkata...

Salam...

Jazakallah di atas perkongsian video ini...terlalu banyak contoh tauladan yang kita patut ambil dr makhluk Allah SWT seperti penguin ini...

Erti pengorbanan serta kesabaran yang sebenar...Subhanallah...Maha suci Allah...meliputi segala apa yg ada dilangit dan juga dibumi...

Sama2 kita terus bermuhasabah diri serta saling mengingati...

Salam Perjuangan dr Preston,Lancashire:
-Faiza-

Siswi Haluan berkata...

alhamdulillah..betul faiza..mmg tersentuh...siswihaluan pun merasakan perkara yg sama..cuma s/a kita nak ambik iktibar atau tak ja