Selasa, 13 Oktober 2009
Pendorong Untuk Beramal
Setiap amalan ataupun kerja yang mahu dilaksanakan, sebelumnya, pastinya terdapat sesuatu yang mendorong atau menolak manusia untuk melakukannya. Samaada pendorong itu kuat atau lemah, namun pendorong itu tetap wujud.
Pelbagai Pendorong
Antara pendorong bagi manusia melakukan amal:
1. Harta benda- manusia sanggup bersusaj payah untuknya. Inilah pengaruh yang paling ramai mempengaruhi manusia
2. Kemasyuran, pangkat, pujian dan yang seangkatan dengannya. Pelbagai strategi yang dilakukan serta berbagai tindakan yang dilakukan demi mendapatkan kemasyhuran. Tidak kurang juga jumlah manusia yang mengambil factor-faktor ini sebagai pendorong-pendorong ini. Bagi mukmin, keadaan ini adalah amat merbahaya dan perlu diubati segera.
3. Wanita, ini juga menjadi pendorong kepada manusia terutamnya bagi golongan pemuda.
Inilah diantara contoh dorongan yang mendorong manusia melakukan sesuatu. Hakikatnya memang manusia memerlukan pendorong. Andainya pendorongnya itu lemah maka lemahlah amalnya, namun sebaliknya andainya pendorong tersebut kuat maka kuatlah amalnya. Samaada pendorong itu betul atau tidak, namun pendorong itulah mempengaruhi amal.
Pendorong sebenar
Sudah tentu kita perlukan pendorong yang betul dan kuat. Pendorong yang berbeza daripada pendorong-pendoron manusia biasa. Kita memerlukan pendorong yang betul, hakiki dan abadi. Tahukah anda apa pendorongnya???
ITULAH IMAN!!!
• Sesungguhnya dorongan IMAN adalah dorongan yang sebenar, yang datang dari lubuk hati, yang yakin kepada Allah SWT.
• Sesungguhnya dorongan IMAN adalah lebih kuat , gagah, stiqamah dan menjamin keiltizaman.
• Sesungguhnya pendorong IMAN lebih bersih, suci dan dirasai nikmatnya oleh orang-orang mukmin.
HAKIKATNYA IMANLAH yang MENDORONG ORANG-ORANG MUKMIN MELAKUKAN PERINTAH –PERINTAH ALLAH SWT
Adapun pendorong-pendorong lain boleh membawa kepada syirik dan sia-sia. Alangkah ruginya kehidupan kita sekiranya pendorong yang mendorong amal kita adalah berunsurkan syirik kepada Allah dan amal kita sia-sia seperti debu ditiup angin… syirik telah berlaku dalam kehidupan masyarakat akibat manusia tidak memahami tauhid dan hakikat ubudiyah kepada Allqh. Kita sentiasa disuruh dan digesa untuk menyemak tujuan dan niat supaya ia beiarlah benar-benar untuk mencari keredhaan Allah SWT.
Dua Punca Kekuatan
Dua perkara utama yang menjadi punca kekuatan ialah hati dan aqal yang mana ia adalah kurniaan Allah yang amat berharga. Fitrah hati ingin kembali kepada Allah, berhubung dan merujuk kepada Allah serta inginkan kurniaanNYa. Manusia akan menjadi kuat apabila hatinya betul-betul dengan Allah. Sebaliknya, apabila hati ada gangguan dan halangan maka manusia akan menjadi lemah. Begitu juga aqal- jika diberi haq dan benar-benar digunakannya serta diberikan kebebasan untuk mencari kebenaran maka pasti aqal itu menemui kebenaran. Aqal itu firahnya sentiasa berpihak kepada kebenaran dan ianya akan menuju Allah SWT.
Sebagaimana hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Tarmizi:
“ Tidakklah beruntung seseorang lelaki dengan mendapat sesuatu pemberian sebagaimana beruntungnya mendapat nikmat aqal yang membimbingnya kepada kebaikan dan menahannya daripada kebinasaan”
“Allah tidak menjadikan sesuatu kejadian lebih mulia daripada aqal”
Oleh itu, hati dan aqal adalah nikmat Allah yang amat bernilai sesuai dengan kejadian manusia sebagai khalifah. Namun begitu terdapat dua halangan bagi aqal dan hati iaitu nafsu dan syaitan yang mana ia menghijab dan mengganggu manusia daripada mendapat nur Allah. Sekiranya halangan-halangan ini tiada maka manusia akan Nampak nur Allah SWT.
Sebagaimana tersebut dalah hadith Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ahmad. Bahawa Rasulullah telah bersabda:
“Kalaulah tidak kerana syaitan mengelilingi dan menghasut hati anak Adam nescaya mereka dapat menjangkau akan kekuasaan Allah di langit dan di bumi”
Oleh itu jika manusia tidak diganggu oleh syaitan dan nafsu maka pengamatannya akan menjadi cukup tinggi. Begitulah hebatnya potensi manusia.
siswihaluan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan