Isnin, 19 Julai 2010

Soal Jawab Bersama Prof. Madya Dr Asmawati Desa




Alhamdulillah wa syukurlillah siswihaluan masih diberi kesempatan untuk kembali menemui anda semua, setelah bercuti sekian lama dari blog ni akibat kesuntukan waktu dek pelbagai urusan menyebabkan terdapat beberapa entry terpaksa ditangguhkan penulisannya...afwan ya pada pengunjung blog siswihaluan....InsyaAllah kami akan cuba untuk sentiasa update bahan-bahan dan buah fikiran serta perkongsian pengalaman agar bisa dijadikan panduan dan pengajarn bersama dalam rangka meraih redha Ilahi.

Baru-baru ni, kotak mail kami telah diketuk oleh dua orang pembaca yang menghantar soalan kepada kami, Oleh itu siswihaluan telah memberi laluan kepada penasihat kami yang kami kasihi iaitu Prof. Madya Dr Asmawati Desa untuk menjawab soalan-soalan tersebut. Disini siswihaluan sertakan bersama soalan dan jawapan untuk tatapan penanya dan semua pembaca ya..





Soalan 1:-
Salam taaruf.. nk tanya adakah smua pandangan,nasihat akn dijwb oleh Prof.M Asmawati desa? Ana ada nk minx nasihat,pndpt tntg dri ana ni tp ana jd ragu2 siapa haluansiswi ni. siapa Prof.byk tnda Tnya? so bleh haluansiswi perkenalkan dri dlu spya hilang ragu2 dlm dri ni.. jzakillah

dr:- Maysarah Zainol Abidin




Jawapan dari Prof. Madya Dr. Asmawati Desa


Waalaikumussalam saudari Maysarah,



InsyaAllah semua akan dijawab oleh saya. Saya adalah pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, UKM. Saya akan cuba menolong remaja2 yang ada masalah2 yang ringan-ringan InsyaAllah. Yang berat-berat seperti ada keinginan nak bunuh diri, sakit mental dan lain-lain tu kena rujuk ke hospital (psikitari).


Haluansiswi adalah salah satu bahagian dalam HALUAN (Pertubuhan Lepasan Institusi Pengajian malaysia). Bhg ini akan handle segala macam aktiviti siswi di semua IPTA/IPTS di seluruh Malysia. Kami juga bekerjasama dgn Haluansisiwa, terutama dlm aktiviti yg boleh digabung seperti kursus praperkahwinan, seminar kecermerlngan m/siswa dll.




Harap penjelasan ini dapat membantu menjawab persoalan anda. kalau boleh bantu kami akan cuba membantu. tapi sdri perlu bantu diri sendiri dgn memohon pertolongan Allah. kerana sebagai manusia kami juga hanya mampu mencuba Allah yang akan mengabul/tidak. Wallahua'lam









Soalan 2:-

Assalamualikum, ana abdullah (pelajar permpuan) ana ada masalah dalam menentukan matlamat hidup. ana berasa keseorangan walaupun kita tahu ada allah. sebenarnya masalah ana nih asyik pikir negatif je, macam mana nak buang pemikiran yang negetif, pandangan2 negetif. bila ada masalah, macam2 la nmpak perkara x baik.. jadi apakah puncanya ses seseorang itu berfikiran negetif, adakah punca drpd keluarga, diri atau macam2 lagi ...ana buntu... dan x tahu nak cakap macam mana...!!???+_@#$@4 AKU TAK TAHUUUU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!1 BENCI HIDUP... BENCI BENCI... AKU NIH TAK GUNA, ADA TARBIYYAH TAPI IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII, TOLONG,,,,BENCI......YA ALLAH TOLONGLAH AKU............TOLONG,, WHO CAN HELP ME?????????????/ NO ONE................... EVERY BODY ARE USELESS... SAME TO ME........................... ASTAGHFIRULLAH,....... HHM........................... Inilah yang sering menghantui pikiran saya.. saya pelajar tingkatan tiga dan masih muda dan TAK NAK sia sia dalam hidup... kenapa saya x boleh terima kenyataan?????????????!!!!assalamualikum........


dr: Masturah



Jawapan dari Prof Madya Dr Asmawati Desa


Assalamualaikum siswi Masturah yang dikasihi Allah,


Fikiran negatif banyaknya berpunca drp diri sendiri. w/pun keluarga dan persekitaran juga ada menyumbang. sebenarnya kita adalah apa yg kita fikirkan/persepsikan/tanggapkan. Ia melibatkan the way you think of yourself. jika kita persepsi/tanggapi diri sebagai seorang yang berkemampuan, yakin pada diri dan boleh jadi org baik2 maka setidak2nya kita akan berusaha ke arah itu. tidak ada apa yg mustahil di dunia ini. jangan sedikit kesusahan/ rintangan menjadikan kita lemah atau menjadikan kita putus asa. apa jua kesusahan anggap sebagai ujian drp Allah. Dia ingin mendidik kita, beri peluang kita bertaubat. selagi hidup semua ini tidak terlambat.

Apa jua kita kena cari aspek2 yg positif. emak marah kerana sayang kalau dia tak peduli lagi susah sebab itu tunjuk dia benci. guru bagi kerja rumah supaya kita jadi pandai. apa lah masalahnya sampai begini ratapan nya. a/kah anda anak yatim, OKU, atau mangsa rogol/ragut/rompak atau lain2 musibah. tapi saya yakin masalah anda bukanlah kategori teruk hingga boleh jadi trauma seperti yg saya tulis di atas. cuba berfikiran positif, mcm mana susah pun anda tak sesusah org Palestin, masih ada keluarga, cukup anggota badan, ada rumah nak berteduh, boleh makan minum. banding le kesusahan anda dgn org lain yg susah, anda akan insaf dan bersyukur, susah anda tak le seteruknya.
Perkara2/ masalah2 kecil dalam hidup adalah perkara biasa/asam garam kehidupan. hidup tanpa tekanan/susah adalah apabila kita mati. selagi masih hidup kita tak dapat lari drp masalah. tapi seperti saya kata yang penting cara anda lihat masalah itu. perkara baik pun boleh jadi buruk jika kita lihat/anggap ia sebagai buruk.
Saya hanya dapat memberi nasihat, tapi anda perlu usaha, buang pemikiran negatif, cari yg positif, byk munajat minta Allah beri petunjuk. mmg anda masih muda banyak lagi perkara yg boleh buat. ingat le 5 perkara : masa hidup sebelum mati, masa sihat sebelum sakit, masa lapang sebelum sibuk, masa kaya sebelum miskin, masa senang sebelum susah.
Semoga sedikit ingatan ini dapat membantu. sila berhubung jika masih lagi rasa diri bermasalah.





Semoga sedikit perkongsian kami pada kali ini memberi manafaat kepada semua. siswihaluan






Tiada ulasan: